Tuesday 15 November 2011

Ini ialah peta negeri kelahiran saya iaitu Pulau Pinang. Saya hanya sempat tinggal di sana selama 2 tahun sahaja. Saya dibesarkan di merata rata tempat seperti di Terengganu di Felcra kampung Keruak, Felcra Tembeling Tengah di Jerantut, Pahang,Felcra Bkt. Serdang, Bera, Pahang.Kemudian saya turun lagi ke selatan,iaitu di Felcra Sg. Layau, Kota Tinggi Johor. Saya telah menetap di Johor ini selama 3 tahun 10 bulan. Berbalik kepada negeri kealhiran saya,kampung saya terletak di Kampung Permatang Batu, Bukit Mertajam Pulau Pinang. kedudukan kampung saya amat unik kerana terletak berhampiran Bandar Perda. Bandar ini sedang membangun sekarang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang meyediakan kemudahan infrastruktur yang amat berguna pada penduduk di situ. Kalau hendak pergi membeli belah, Pasar Raya Jusco amat berdekatan. Hanya 2 kilometer sahaja dari kampung saya.      

No comments:

Post a Comment